MYFILE1

PENGUMUMAN

HTML marquee Tag test pengumuman

PEPERIKSAAN



PEPERIKSAAN DALAMAN

5.6.1       MAKLUMAT AM

1.            Bagi tahun akademik 2014 ujian bulanan bagi semua mata pelajaran diselaraskan dan dijalankan pada masa dan tarikh yang ditetapkan.
2.            Tempoh ujian bulanan bagi setiap mata pelajaran dihadkan kepada 1 jam dan akan diawasi oleh guru mengikut jadual waktu masing-masing pada hari tersebut kecuali berlaku hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Markah yang diperoleh pelajar hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan dalam tempoh satu (1) minggu selepas tarikh akhir ujian atau peperiksaan berkenaan.
3.            Jadual waktu ujian bulanan 2014 adalah seperti berikut ;

Waktu

Hari

0740
0840
0850
0950
0950
1020
1050
1150
1200
0100
Hari 1
BM
KIMIA
Rehat
BI
JURUSAN 1
Hari 2
PI, PM
MM
Rehat
JURUSAN 2
FIZIK
Hari 3
SEJARAH
MT
Rehat

PJK

SIVIKS


4.            Untuk ujian bulanan dan peperiksaan semua pelajar akan menjawab kertas soalan yang sama mengikut tingkatan dan jurusan. Satu jadual yang selaras akan disediakan. Tarikh ujian dan peperiksaan adalah seperti berikut :

Ujian dan Peperiksaan
Tingkatan
Tarikh
Ujian Bulanan 1
4, 5
11 – 13 Mac 2014
Pep Pertengahan Tahun
4, 5
11 – 22 Mei 2014
Pep Percubaan SPM
5
24 Ogos – 9 Sept 2014
Pep Akhir Tahun
4
1 – 16 Oktober 2014

6.            Guru-guru mata pelajaran perlu mematuhi jadual penyerahan markah dan pengisian markah dalam SAPS pada tarikh yang telah ditetapkan.

7.            Guru-guru mata pelajaran perlu menyerahkan markah kepada Guru Tingkatan.
                Senarai nama pelajar untuk kegunaan guru mata pelajaran boleh didapatkan dari Bilik Peperiksaan.

8.            Pelajar yang tidak hadir pada hari ujian/peperiksaan seperti dijadualkan dan ingin mengambil ujian/peperiksaan pada hari yang lain perlu mengemukakan cuti sakit dan surat permohanan bertulis kepada pengetua dalam tempoh minggu peperiksaan.

9.            Pelajar yang disabitkan meniru akan diberikan markah ‘0’ bagi kertas berkenaan dan dikenakan tindakan disiplin.
            


5.6.2       ANUGERAH PENGETUA

2.1 Anugerah Emas – Mendapat A+ bagi semua mata pelajaran
2.2 Anugerah Perak – Mendapat A bagi semua mata pelajaran
2.3 Anugerah Gangsa – Mendapat A atau B dalam semua mata pelajaran
2.4 Anugerah Mencapai ETR
2.5 Anugerah Terbaik dalam Mata Pelajaran
2.6 Anugerah Terbaik dalam Jurusan
2.7 Anugerah Kelas Terbaik
2.8 Anugerah Peratus Peningkatan Tertinggi
            

5.6.3       MAKLUMAT PENSIJILAN TERBUKA SPM 

Justifikasi – Penggunaan sijil tidak lagi memerlukan pangkat.
Prinsip   -    Fleksibel, individualised, sijil hidup (boleh tampal).

5.6..4      CIRI-CIRI TAWARAN MATA PELAJARAN

(a)           Enam teras (wajib) – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Sejarah, Pendidikan Islam/Pendidikan Moral, Matematik, Sains (batal jika ambil satu mata pelajaran Sains Tulen – Fizik, Kimia, Biologi).
(b)           Lain-lain  -  Bebas dan tidak terhad.
(c)           Tawaran Mata Pelajaran
(i)        Enam mata pelajaran teras ditambah 3 atau 4 mata pelajaran elektif    (maksimum 10 mata pelajaran).
(ii)       Mata pelajaran elektif
-           tidak dikelompok
-           tawaran bebas/tidak terhad
-           tertakluk kepada senarai Lembaga Peperiksaan Malaysia
-           tiada pertindihan dalam jadual peperiksaan SPM
-           SPMV dimansuhkan
-           tertakluk kepada kemudahan prasarana, guru di sekolah (pelajar boleh belajar sendiri jika subjek tidak ditawarkan di sekolah)
            
5.6.5           SIJIL HIDUP

Mulai  tahun 2001 – Sijil boleh diperbaiki dengan menampal mata pelajaran dengan syarat ada sijil SPM.    

5.6.6           KELAYAKAN

Pelajar Tingkatan 5 atau telah mengambil peperiksaan SPM/SPM(V)/MCE/FM/SC atau berumur 19 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan.




5.6.7           PELAPORAN
                
(a)           Tiada pemeringkatan Sijil (tiada pangkat 1,2,3,SAP dan X).
(b)           Tiada penggunaan agregat.
(c)           Syarat kelulusan – Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah.
(d)           Semua mata pelajaran yang lulus dicatatkan.
(e)           Tiada SAP
(f)            Pelaporan Pencapaian Mata Pelajaran.

Markah
Gred
Pencapaian
90–100
A+
Cemerlang Tertinggi
80-89
A
Cemerlang Tinggi
70-79
A-
Cemerlang
65-69
B+
Kepujian Tertinggi
60-64
B
Kepujian Tinggi
55-59
C+
Kepujian Atas
50-54
C
Kepujian
45-49
D
Lulus Atas
40-44
E
Lulus
0-39
G
Gagal

5.6.8           SYARAT PEMBERIAN SIJIL

Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah

5.6.9           JADUAL MASA PELAKSANAAN

                                                  Januari 2014                     :       Pendaftaran calon
                                                  Jan – Julai 2014               :       Melaksanakan PBS
                                                  Jan – Feb 2014                :       ULBS 1
                                                  Julai – Ogos 2014           :       ULBS 2
                                                  Ogos 2014                        :       Key in markah PBS ke Lembaga peperiksaan (LP)
                                                  Oktober 2014                    :       Key in markah Peperiksaan Percubaan ke LP
                                                  November  2014              :       Peperiksaan SPM dan STPM pensijilan terbuka

                                                  Mac 2015                           :       Pengumuman keputusan SPM 2014

No comments:

Post a Comment