MYFILE1

PENGUMUMAN

HTML marquee Tag test pengumuman

Wednesday, 6 February 2013

CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA, 2013


Ruj. Kami       :    JKE 1001/100-19/9
Tarikh            :   6 Februari 2013


Ibu Bapa Penjaga,
(Pelajar SM Teknik Johor Bahru)


Tuan/Puan,

CUTI SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.                   Berikut adalah tarikh yang berkaitan;

Tarikh
Hari
Jenis Cuti
Tarikh Gantian
11.02.2013
Isnin
Cuti Am
Tidak perlu diganti
12.02.2013
Selasa
Cuti Am
Tidak perlu diganti
13.02.2013
Rabu
Cuti Peristiwa
Tidak perlu diganti
14.02.2013
Khamis
Cuti Berganti
16.03.2013 (Sabtu)
15.02.2013
Jumaat
Cuti Berganti
27.04.2013 (Sabtu)

3.                   Semoga perkara ini dalam makluman pihak tuan. Diharapkan kerjasama tuan untuk memastikan anak jagaan tuan hadir semula kesekolah pada hari Isnin, 18 Februari 2013 dan pelajar asrama kembali semula ke asrama pada hari Ahad, 17 Februari 2013 sebelum jam 6.00 petang.

4.                   Pihak sekolah juga mengharapkan agar tuan dapat menjaga keselamtan anak tuan sepanjang cuti tersebut.

Sekian, terima kasih.


“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,


(JASNI BIN ISMAIL)
Pengetua,
SM Teknik Johor Bahru.

Friday, 1 February 2013

MEMASANG PERMAIDANI SURAU AL-FALAH SMTJB

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SM Teknik Johor Bahru bersama-sama dengan pihak pengurusan sekolah sedang melaksanakan Projek Memasang Permaidani di Surau Al-Falah, SM Teknik Johor Bahru. Surau Al-Falah SMTJB dibina pada tahun 2000 dan mampu menampung seramai 800 jemaah pda satu-satu masa. Selain digunakan sepenuhnya bagi solat berjemaah setiap waktu oleh penghuni asrama surau ini juga berfungsi sebagai tempat melakukan segala aktiviti keagamaan pelajar seperti latihan amali solat, latihan amali pengurusan jenazah, latihan membaca al-quran dan lain-lain.

Antara objektif pemasangan permaidani di surau ini adalah bagi menyediakan suasana selesa bagi pelajar melaksanakan aktviti, mewujudkan suasana dan pandangan yang ceria dan menarik serta meningkatkan lagi kemudahan fizikal surau tersebut.

Bersama-sama ini disertakan,

1.  Kertas Kerja Pemasangan Permaidani Surau Al-Falah SM Teknik Johor Bahru.
2.  Surat Memohon Sumbangan
3.  Surat Balasan Sumbangan
4.  Quotation/anggaran perbelanjaan





Ruj. Kami             :   JKE1001/100-3/1(35)
Tarikh                   :   30 Januari 2013                                                                                       


YB/Y. Bhg./Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan/Muslimin/Muslimat


MEMOHON SUMBANGAN DERMA PEMASANGAN PERMAIDANI SURAU AL-FALAH
SM TEKNIK JOHOR BAHRU

                Kami Jawatankuasa Pembangunan Surau Al-Falah SM Teknik Johor Bahru 
memohon sumbangan derma ikhlas bagi menjayakan cita-cita dan hasrat kami untuk memasang 
permaidani di Surau Al-Falah SM Teknik Johor Bahru. Kos bagi pemasangan tersebut dianggarkan 
bernilai RM20,000.00.

2.            Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk DERMA secara BANK TRANSFER, ONLINE 
BANK IN, CEK, KIRIMAN WANG atas nama “TETUAN PIBG SEK MEN TEKNIK” , No. 
Akaun BANK ISLAM  : 01014010003383) yang dikepilkan bersama borang ini sebagai amal jariah 
untuk tabung tersebut.

3.            Disertakan bersama-sama ini ‘Borang Derma’ untuk tindakan tuan/puan.

4.            Jawatankuasa Pembangunan Surau Al-Falah SM Teknik Johor Bahru mengucapkan terima kasih di atas sumbangan ikhlas tuan. Semoga amal jariah ini diberkati oleh ALLAH S.W.T.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

  
(HJ ABDUL RAHMAN BIN MOHD NOOR)
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
Johor Bahru.

Friday, 25 January 2013

PROGRAM ORIENTASI TKT 4 2013


SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JOHOR BAHRU
PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4
TAHUN 2013

30 Januari 2013 ( Rabu )

Masa
Perkara
Tindakan
7.30 pg – 8.10 pg
Perhimpunan
Rekod kehadiran
Taklimat program
Pn Noridiamiyanti bt Samiron
Pn Norhasimah bt Hashim
Pengawas Sekolah
8.10 pg – 8.50 pg
Taklimat Sekolah SM Teknik Johor Bahru
Tn Hj Jasni bin Ismail
Pengetua
8.50 pg – 9.30 pg
9.30 pg – 10.10 pg
Taklimat Pusat Sumber dan NILAM
Pn Hjh Juraidah bt Johan
10.10 pg – 10.40 pg
REHAT

10.40 pg – 11.15 pg
Taklimat Pengurusan Akademik dan Kokurikulum
En Noraini bi Siis
PK Pentadbiran
11.15 pg – 11.50 pg
11.50 pg – 12.25 tgh
Taklimat Biasiswa dan kebajikan
Pn Siti Rahamah bt Ismail
12.25 tgh – 1.00 ptg
Pendaftaran Kokurikulum dan Agihan Rumah Sukan

En Md Sihat Md Amin
Tn Sheikh Ahmad Kamal
Pn Tan Sui Hiong
En Suhaimi bin Omar
1.00 ptg – 1.35 ptg
1.35 ptg – 2.10 ptg
Latihan Nyanyian
Cik Noor Dianahany bt Ismail
En Syairulnizam bin Mohamad

31 Januari 2013 ( Khamis )

Masa
Perkara
Tindakan
7.30 pg – 8.05 pg
Perhimpunan
Rekod kehadiran
Taklimat program
Pn Noridiamiyanti bt Samiron
Pn Norhasimah bt Hashim
Pengawas Sekolah
8.05 pg – 8.40 pg
Taklimat Disiplin Sekolah
Tn Hj Hashimul Hashim bin Mahmud
Cik Adlina Haizan bt Mohd Yusof
8.40 pg – 9.15 pg
9.15 pg – 9.50 pg
Jelajah SMTJB
Pn Noridiamiyanti bt Samiron
Pn Norhasimah bt Hashim
Pengawas Sekolah
9.50 pg – 10.20 pg
REHAT

10.20 pg – 10.55 pg
Taklimat Jurusan
A – Pn Hjh Zaidah bt Ibrahim
E – En Abd Rahim bin Md Sab
M – Pn Norazimah bt Said
P – Pn Lee Li Peng
K – Pn Rohaliza bt Samion
10.55 pg – 11.30 pg
11.30 pg – 12.05 tgh
Battle of Wits : Bahasa Melayu
Pn Siti Rahamah bt Ismail
En Syairulnizam bin Mohamad
12.05 tgh – 12.40 tgh
12.40 tgh – 1.15 ptg
Battle of Wits : Bahasa Inggeris
Pn Nirmala Davy a/p Suppiah
Cik Noor Dianahany bt Ismail
1.15 ptg – 1.50 ptg
1.50 ptg – 2.25 ptg
Latihan Nyanyian
Pn Noridiamiyanti bt Samiron
Pn Norhasimah bt Hashim
Pengawas Sekolah

1 Februari 2013 ( Jumaat )

Masa
Perkara
Tindakan
7.30 pg – 8.10 pg
Program Membudaya Al Quran

8.10 pg – 10.00 pg
Ceramah Pembangunan Diri
Ust Sazaliah bt Othman
PK HEM
10.00 pg – 10.30 pg
Pengurusan Kelas
Agihan Buku Teks
Guru Tingkatan
Guru SPBT
10.30 pg – 11.00 pg
REHAT

11.00 pg – 12.10 tgh
P&P berlangsung
Agihan Buku Teks
Guru MP
Guru SPBT

PENDAFTARAN KEDUA TKT 4 2013

Tarikh : 29 Januari 2013, Selasa
Tempat : Dewan Seri Gemilang, SM Teknik Johor Bahru
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari



JAWATANKUASA PENDAFTARAN
KEMASUKAN PENGAMBILAN KEDUA
PELAJAR TINGKATAN 4 TAHUN 2013



Pengerusi                             :           Tn Hj Jasni bin Ismail ( Pengetua )
Timbalan Pengerusi 1        :           En Noraini bin Siis ( Penolong Kanan Pentadbiran )
Timbalan Pengerusi 2        :           Pn. Hjh. Sazaliah bt Othman ( PK HEM )
Setiausaha                            :           Pn. Noridiamiyanti bt Samiron
Penolong Setiausaha          :           Pn. Norhasimah bt Hashim


AHLI JAWATANKUASA


Kaunter penerangan
Pn Hjh Fatimah bt Hashim
Pn Hjh Saluah bt Ahmad
Cik Tan Gaik Wah

Penyediaan dewan
En. Azrul Aminurashid bin Ahmad
En Shafie bin Abdul Rashid
Pelajar Asrama

Seranta dan Siaraya
En Abd Rahim bin Md Sab
En Izam bin Suliman

Kebersihan dan Kebajikan
Dyg Hairiah bt Awg Sah  (Dewan)
Pn Siti Rahamah bt Ismail  (Kantin)


Sambutan
Tn. Hj. Kusaini b. Kandar
Tn Hj Hashimul Hashim bin Mahmud
Pengawas

Pendaftaran Sekolah
Cik Adlina Haizan bt Mohd Yusoff
Pn Noor Hikmah Akmal bt Osaman
Pengawas

Pendaftaran Kelas
Semua Guru Tingkatan 4

Pengurusan Kewangan
Pn Rosnani bt Mohd Dahiran
Guru Tingkatan 4




Koperasi
En. Abd. Rahim b. Md. Sab
En Muhammad Saidi bin Sulong
En Shafie bin Abdul Rashid
AJK Koperasi

Pendaftaran Asrama
En. Azid bin Azam
Pn Nalini a/p Ponnusamy
Pn. Norreah bt Mahmood
En Khairul Fazli bin Amir
Pengawas Asrama


Kawalan dan Keselamatan
En Suhaimi bin Omar
En Syairulnizam bin Mohamad
Pengawal Keselamatan
Ahli Kadet Polis

Fotografi
Pn Nurul Akmar bt Hashim
Ahli Kelab Fotografi







Guru yang terlibat dengan Pendaftaran diharap dapat membuat persiapan sewajarnya dan guru yang tidak terlibat akan melaksanakan P&P seperti biasa. Sebaik selesai pendaftaran, pelajar dikehendaki terus masuk ke kelas.