MYFILE1

PENGUMUMAN

HTML marquee Tag test pengumuman

Sunday 26 August 2012

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR TING.5 SM TEKNIK JOHOR BAHRU...

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM AKAN BERMULA PADA 28 OGOS 2012 - 11  SEPTEMBER 2012. PARA PELAJAR DINASIHATKAN UNTUK SENTIASA MEMBAWA ALAT TULIS YANG MENCUKUPI UNTUK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN NANTI. BEGITU JUGA DENGAN PERALATAN LAIN IAITU KALKULATOR DAN BAGI PELAJAR KEJURUTERAAN, SET LUKISAN KEJURUTERAAN JUGA DIINGATKAN UNTUK DIBAWA BERSAMA SEMASA PEPERIKSAAN LUKISAN KEJURUTERAAN NANTI. SEKIRANYA ANDA TERLUPA ATAU TIDAK MENYEDIAKAN PERALATAN TERSEBUT LEBIH AWAL SEBELUM MEMASUKI DEWAN PEPERIKSAAN, KESUKARAN UNTUK MEMINJAM ATAU MENDAPATKAN PERALATAN TERSEBUT SEMASA PEPERIKSAAN AKAN MENGGANGGU EMOSI ANDA UNTUK MENJAWAB PEPERIKSAAN DENGAN LANCAR NANTI. WALAU BAGAIMANA PUN, KAMI GURU-GURU SM TEKNIK JOHOR BAHRU INI MENDOAKAN ANDA SEMUA DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN LANCAR. "PELAJAR BIASA DENGAN USAHA LUAR BIASA AKAN MEMPEROLEH KEJAYAAN YANG SANGAT LUAR BIASA"...

Friday 10 August 2012

SELAMAT HARI RAYA

Pihak Admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Maaf Zahir dan Batin



PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012


JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2012


Tarikh
Mata Pelajaran
28 Ogos, Selasa
Bahasa Melayu 1
Bahasa Melayu 2
29 Ogos, Rabu
English 1
English 2
30 Ogos, Khamis
Biology 2
Biology 1
Biology 3
3 Sept, Isnin
Engineering Drawing
Civil Engineering Studies 1
Elec tric & Electronic Engineering Studies 1
Mechanical Engineering Studies 1
Sains Pertanian 1
Civil Engineering Studies 2
Elec tric & Electronic Engineering Studies 2
Mechanical Engineering Studies 2
Sains Pertanian 2
4 Sept, Selasa
Physics 2
Physics 1
Physics 3
5 Sept, Rabu
Pendidikan Islam 2
Pendidikan Islam 1
6 Sept, Khamis
Chemistry 2
Chemistry 1
Chemistry 3
7 Sept, Jumaat
Sejarah 2
Sejarah 1
10 Sept, Isnin
Additional Mathematics 1
Additional Mathematics 2
11 Sept, Selasa
Mathematics 1
Mathematics 2



Peperiksaan SPM 2012 sebenar bermula pada 5 November 2012.
Pelajar boleh dapatkan Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2012 di sini. Sila download.


JADUAL PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2012

TINGKATAN 6 RENDAH KEMANUSIAAN

Tarikh
Mata Pelajaran
Tempoh
19 Sept, Rabu
Pengajian Am 1
2 jam
Sejarah 1
2 jam
20 Sept, Khamis
Pengajian Perniagaan 2
3 jam
Ekonomi
2 jam
21 Sept, Jumaat
MUET (Writing)
1.5 jam
MUET (Reading)
1.5 jam


TINGKATAN 6 ATAS KEMANUSIAAN

Tarikh
Mata Pelajaran
Tempoh
5 Sept, Rabu
Pengajian Am 1
2 jam
7 Sept, Jumaat
Pengajian Am
3 jam
12 Sept, Rabu
Sejarah 1
3 jam
13 Sept, Khamis
Sejarah 2
3 jam
14 Sept, Jumaat
Ekonomi 2
3 jam
18 Sept, Selasa
Pengajian Perniagaan 1
3 jam
19 Sept, Rabu
Pengajian Perniagaan 2
3 jam
20 Sept, Khamis
Ekonomi 1
3 jam

ERATKAN SILATURAHIM DI BULAN MULIA


Dalam sepotong hadis yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi, diceritakan daripada seorang sahabat Nabi saw yang bernama Abu Ayyub Al-Ansari bahawasanya Nabi saw bersabda,


لا يحل لمسلم أن يهجر أخاه فوق ثلاث , يلتقيان فصد هذا ويصد هذا ,
وخيرهما الذى يبداء بالسلام

Maksudnya : Tidak halal bagi seorang Islam itu tidak menegur sapa saudaranya lebih daripada tiga hari, berjumpa keduanya maka berpaling seorang ke tempat lain dan seorang lagi ketempat lain. Yang lebih baik daripada dua orang ini ialah siapa yang memulakan salam.

Daripada hadis ini dapat kita pengajaran bahawa orang Islam sesama Islam jika bergaduh tidak boleh tidak bertegur sapa lebih daripada tiga hari. Menurut Imam An-Nawawi rhm, jika seseorang itu tidak bertegur sapa dalam tempoh 3 hari, perbuatan itu dimaafkan, kerana tabiat manusia itu memang ada sifat marah, moga-moga dalam tempoh tiga hari itu marah masing-masing akan hilang dan kembali sejuk untuk berdamai. Tetapi sekiranya lebih daripada tiga hari, masing-masing masih tidak bertegur sapa maka hukumnya adalah haram dan kedua-duanya dikira berdosa.

Jika seseorang memberi salam tetapi tidak bertegur sapa, apakah itu juga dikira berdosa ? Menurut Imam Syafie dan Imam Malik rhm, berpandukan hadis di atas, memberi salam itu sudah memadai kerana bahawasanya salam itu sudah menepati maksud bertegur sapa dan menghapuskan dosa.

Manakala tidak bertegur sapa dengan ahli maksiat itu hukumnya adalah harus, sekiranya setelah diberi nasihat masih berdegil juga tidak mahu meninggalkan maksiatnya. Tetapi sekiranya ahli maksiat itu telah bertaubat maka wajiblah bertegur sapa dengannya.

Mana-mana umat Islam yang tidak bertegur sapa, akan ditutup pintu syurga ke atas mereka sehinggalah mereka berdamai. Sabit dengan keterangan hadis sahih yang dikeluarkan oleh Imam At-Tirmizi,

عن أبى هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : تفتح أبواب الجنة يوم الأثنين والخميس فيغفر فيهما لمن لا يشرك بالله شيئا الا المهتجرين يقال : ردوا هذين حتى يصطلحا

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : Telah dibuka pintu syurga pada hari Isnin dan Khamis, maka diberi keampunan pada kedua-duanya bagi mereka yang tidak menyengutukan Allah dengan sesuatu melainkan ke atas dua orang yang tidak bertegur sapa.. Maka dikatakan kepada pintu syurga, tolaklah kedua-dua orang itu sehinggalah mereka kembali berdamai.

Wallahualam.

FADHILAT RAMADHAN


Bismillahirrahmanirrahim
Fadhilat Ramadhan

Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".
Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Hadith 2
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."

Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti."

Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur."

Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."

Thursday 9 August 2012

DALAM PROSES PEMBINAAN

Pihak admin website smtjb.edu.my mengambil inisiatif mengubah url website sekolah ke url baru iaitu

http://mysmtjb.blogspot.com

bagi menggantikan url lama sebagai alternatif kerana website yang lama telah digodam.

Website ini masih dalam proses pembinaa.