MYFILE1

PENGUMUMAN

HTML marquee Tag test pengumuman

Wednesday 7 November 2012

PEPERIKSAAN SPM DAN STPM 2012

Assalammualaikum wbt..

Perhatian kepada semua pelajar Ting. 5 dan 6, anda dinasihatkan untuk sentiasa bersedia membawa peralatan alat tulis, ic dan slip peperiksaan pada setiap hari peperiksaan supaya anda tidak akan mengalami sebarang masalah pada hari peperiksaan. Anda juga dinasihatkan untuk tidak membawa telefon bimbit atau barangan berharga lain di dalam beg yang ditinggalkan di dalam kelas atau di kantin sekolah semasa kamu mengambil peperiksaan. Sebarang masalah kecurian atau kehilangan barangan berharga anda, akan menyukarkan diri anda untuk menghadapi peperiksaan dengan emosi yang telah terganggu akibat kehilangan barangan berharga . Semoga anda semua dapat memahami perkara ini dan melakukannya demi ketenangan emosi anda untuk menghadapi peperiksaan. SEMOGA BERJAYA...