MYFILE1

PENGUMUMAN

HTML marquee Tag test pengumuman

AM


HALA TUJU SM TEKNIK JOHOR BAHRU
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."
1.       Falsafah Sekolah
1.1.        Bahawasanya pelajar-pelajar di sekolah ini mempunyai kebolehan yang pelbagai dan potensi serta minat untuk berkembang maju dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelek. Oleh itu, bimbingan dan peluang akan diberikan kepada mereka untuk mengembangkan potensi mereka supaya menjadi insan yang seimbang dan harmonis.
1.2.        Bahawasanya tenaga pengajar di sekolah ini mempunyai keupayaan, pengetahuan, kemahiran dan kecekapan ikhtisas untuk memberi pendidikan sempurna, menyeluruh dan bimbingan bermutu bagi memajukan pelajaran dan pendidikan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah ini.
2.       Visi
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru menjadi Sekolah Gemilang tahun 2012.
3.       Misi
Melahirkan pelajar gemilang melalui pendidikan teknikal yang berkualiti.
4.       Matlamat
4.1.        Meningkatkan kegemilangan kurikulum.
4.2.        Meningkatkan pencapaian kokurikulum.
4.3.        Meningkatkan sahsiah pelajar.
5.       Objektif
5.1.        Meningkatkan kegemilangan kurikulum
5.1.1.               Mencapai 100% kelulusan bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
5.1.2.               Meningkatkan gred purata sekolah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
5.1.3.               Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat 10A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.
5.1.4.               Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat sekurang-kurangnya C dalam mata pelajaran Sains dan Teknikal.
5.1.5.               Mencapai prinsipal bagi semua mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
5.2.        Mencapai kegemilangan kokurikulum
5.2.1.               Meningkatkan peratus pelajar yang menyertai pertandingan/aktivti peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
5.2.2.               Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat tempat (johan, naib johan dan ketiga) dalam pertandingan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
5.2.3.               Meningkatkan peratus pelajar yang mendapat A dalam penilaian kokurikulum.
5.3.        Mencapai kegemilangan sahsiah pelajar
5.3.1.               Mengurangka peratus salah laku kategori A.
5.3.2.               Meningkatkan peratus pelajar yang mempunyai penampilan diri yag kemas.
6.       Piagam Pelanggan
Kami warga Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru akan menumpukan usaha untuk :
6.1.        Memastikan pelajaran dimulakan pada hari pertama sesi persekolahan baru dimulakan.
6.2.        Memastikan bahawa pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan dengan cekap dan berkesan mengikut jadual waktu.
6.3.        Menyediakan guru gantian bagi kelas-kelas yang tiada guru.  
6.4.        Memastikan semua pelajar yang menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia layak mendapat sijil.
6.5.        Memastikan setiap pelajar berpeluang mengikuti pelbagai kursus pembinaan insan.
6.6.        Memberikan peluang kepada semua pelajar untuk mengembangkan potensi dalam bidang kokurikulum dan sukan.
6.7.        Memastikan bantuan Skim Pinjaman Buku Teks diedarkan pada hari pertama sesi persekolahan.
6.8.        Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkat prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

No comments:

Post a Comment