MYFILE1

Friday, 1 February 2013

MEMASANG PERMAIDANI SURAU AL-FALAH SMTJB

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SM Teknik Johor Bahru bersama-sama dengan pihak pengurusan sekolah sedang melaksanakan Projek Memasang Permaidani di Surau Al-Falah, SM Teknik Johor Bahru. Surau Al-Falah SMTJB dibina pada tahun 2000 dan mampu menampung seramai 800 jemaah pda satu-satu masa. Selain digunakan sepenuhnya bagi solat berjemaah setiap waktu oleh penghuni asrama surau ini juga berfungsi sebagai tempat melakukan segala aktiviti keagamaan pelajar seperti latihan amali solat, latihan amali pengurusan jenazah, latihan membaca al-quran dan lain-lain.

Antara objektif pemasangan permaidani di surau ini adalah bagi menyediakan suasana selesa bagi pelajar melaksanakan aktviti, mewujudkan suasana dan pandangan yang ceria dan menarik serta meningkatkan lagi kemudahan fizikal surau tersebut.

Bersama-sama ini disertakan,

1.  Kertas Kerja Pemasangan Permaidani Surau Al-Falah SM Teknik Johor Bahru.
2.  Surat Memohon Sumbangan
3.  Surat Balasan Sumbangan
4.  Quotation/anggaran perbelanjaan





Ruj. Kami             :   JKE1001/100-3/1(35)
Tarikh                   :   30 Januari 2013                                                                                       


YB/Y. Bhg./Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan/Muslimin/Muslimat


MEMOHON SUMBANGAN DERMA PEMASANGAN PERMAIDANI SURAU AL-FALAH
SM TEKNIK JOHOR BAHRU

                Kami Jawatankuasa Pembangunan Surau Al-Falah SM Teknik Johor Bahru 
memohon sumbangan derma ikhlas bagi menjayakan cita-cita dan hasrat kami untuk memasang 
permaidani di Surau Al-Falah SM Teknik Johor Bahru. Kos bagi pemasangan tersebut dianggarkan 
bernilai RM20,000.00.

2.            Sumbangan boleh dibuat dalam bentuk DERMA secara BANK TRANSFER, ONLINE 
BANK IN, CEK, KIRIMAN WANG atas nama “TETUAN PIBG SEK MEN TEKNIK” , No. 
Akaun BANK ISLAM  : 01014010003383) yang dikepilkan bersama borang ini sebagai amal jariah 
untuk tabung tersebut.

3.            Disertakan bersama-sama ini ‘Borang Derma’ untuk tindakan tuan/puan.

4.            Jawatankuasa Pembangunan Surau Al-Falah SM Teknik Johor Bahru mengucapkan terima kasih di atas sumbangan ikhlas tuan. Semoga amal jariah ini diberkati oleh ALLAH S.W.T.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

  
(HJ ABDUL RAHMAN BIN MOHD NOOR)
Yang Dipertua PIBG,
Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
Johor Bahru.

No comments:

Post a Comment